MenuBar

Tuesday, January 12, 2016

IT Tech: Cara Guna Whatsapp di Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa tak kenal WhatsApp di era ini? Kini applikasi WhatsApp telah mengungguli laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter. 

Kelebihan WhatsApp:
1- Sistem privasi menggunakan nombor telefon peribadi bagi membolehkan seseorang berkomunikasi. Tak tahu no. h/p tak boleh guna WhatsApp.
2- Satu phone untuk satu login WhatApp, bukan macam applikasi seperti Facebook yang boleh tukar user login..
3- Boleh seting Group untuk memudahkan pergerakan organisasi/komiti.
- hanya admin (group maker) yang boleh 'approve' kemasukan anda. Anda boleh minta izin atau berhubung terus dengan pembuat grup.
4- Berbeza dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatApp:
- bebas dari caj per minit selagi ada kuota internet. 
- boleh tulis panjang-panjang, kurangkan pencemaran bahasa.
- boleh muat turun gambar, rakam suara atau video.
- kurang 'stalker' atau 'spy' 
- Lebih banyak emoticon/smiley boleh digunakan.
5- Applikasi yang sangat peribadi. Tapi..
Segala mesej anda akan disimpan oleh sistem. Harap maklum.

Install WhatsApp di Laptop?
Boleh ke? 
InsyaAllah... Baru berjaya setelah 'install' di laptop lenovo. :) Dalam PC tak boleh, tak tahu kenapa...
Kenapa perlu install di laptop?
Sangat penting sekiranya anda kerap mempunyai masalah talian internet terputus sebab tidak cukup topup phone untuk melanggan internet. Kalau pelajar kolej/universiti contohnya, anda ada perkhidmatan 'wireless' percuma, tapi terhad kepada satu gadget. Jadi, kalau dah daftar untuk laptop, untuk smartphone? Tak ke rasa stres nanti.. 
Apabila ada mesej penting, tapi tiba-tiba kuota internet habis..arghh..
ATAU
Anda TIADA smartphone, tapi merasakan WhatsApp itu satu keperluan sebab anda aktif dalam berkomiti contohnya. Nak beli smartphone, duit belum cukup.. Sob2x.

Bagaimanakah cara 'install' WhatsApp?

1- Muat turun Bluestacks di sini, WhatsApp.apk di sini.
Jangan cari tempat lain tahu! Banyak virus, scam dan spam..
Jangan ikut langkah yang merepek seperti dalam Facebook page atau komuniti yang meragukan..


Bluestacks membolehkan applikasi android mendapat akses di Windows OS/Mac OS (laptop/PC). Ada lagi applikasi lain seperti Mobogenie, tapi setakat ni belum boleh guna WhatsApp. Hanya permainan/game saja boleh.

2- Muat turun WhatsApp dari Google Play pun boleh, di sini.
Pastikan anda mempunyai akaun Google/gmail. Tapi kalau nak 'install' terus dari applikasi bluestack pun boleh..

3- Dapatkan 6 digit kod yang dihantar terus ke telefon pintar anda. Jangan guna telefon rumah sudah.. hehe. 
Isikan digit kod tersebut dan tunggu sistem loading..


4- Boleh upload gambar dari phone guna applikasi phone. Macam phone Sony guna ASTRO File Manager, jadi install dan upload gambar/video macam biasa terus dari Bluestacks. >>


Seting status dan gambar profil di sini...




Pastikan anda tidak terlepas makluman penting yang dikirim oleh rakan grup seperti ini>




App Preview > sama seperti fungsi android smartphone.


Mesej ahli Grup >>
Maaf, terpaksa 'private'kan mana-mana maklumat peribadi.



hoho, yang pasti 'contact' ini bukan saya punya...


Ada smiley atau emoticon seperti biasa.


!Selamat mencuba!

Ibu bapa saya pun tidak terkecuali menjadi pemilik akaun WhatsApp, meskipun mereka tidak aktif Facebook, apatah lagi Twitter... Sekarang ramai orang pakai WhatApp, yang jadi komiti, bekerja dalam sesuatu organisasi yang perlu banyak penerangan dan arahan, lagilah..

Kalau berjaya, boleh tinggalkan komen di bawah. SEKIAN.>>

Terima kasih baca, sudi-sudilah komen :) . 

No comments:

Post a Comment