1) FUNGSI
Pernah nampak binatang ni tak? Huhu.. Template telah berubah coding sejak tahun 2013. Jadi, ini punya kes sudah lama kan? Semua jadi stres, pakat terjun bangunan! Weeii...
Jangan panik, klik butang 'arrow' di tepi. Ada tiga 'arrow' penting. Anda akan lihat seperti di bawah:
Column mungkin berbeza ikut template.
Saya guna 'Simple Template'
ATAU kalau sudah tahu bahagian yang ingin diubah, bolehlah 'Jump To Widget' > cari coding.
Kemudian scroll dan jumpa html-coding yang asal... Boleh percaya ke hah? #takfaham
2) BAHASA CODING
Dalam dunia ini ada pelbagai bahasa (George kata ada 84 bahasa dunia - Sejarah T1) #apakaitan?, edit blog pun ada bahasa sendiri tahu! Jadi, kita perlulah memahaminya sebelum memulakan operasi meneroka teknik coding.
Setelah anda mengetahui jenis template blog, scroll lagi ke bawah dan jumpa @#!@$#
yang saya panggil sebagai BAHASA CODING.
1st: <b:skin>
Mula dengan:
Variable Def - Content - Header - Tabs - Columns - Headings - Widgets - Posts - Comments - Accents - Mobile
Boleh perhatikan satu per satu 'format' seperti ini.
2nd: <b:template-skin>
Bahagian ni tak banyak sentuh dalam edit blog. Jadi, lebih selamat jangan usik! Nanti merana tak sudah..
3rd: Widget Specific
Bahagian ni banyak transript dari Add gadget>HTML dari Layout.
Selepas anda edit blog guna cara ini, kod anda akan ditukar secara automatik dalam template-coding.
Lebih banyak simbol 'arrow' dalam bahagian ini.
Untuk mengelakkan kekeliruan, dinasihatkan guna 'Jump To Widget' jika anda yakin untuk mengedit.
Kelebihan:
- Semua kod dah siap sorok, lebih tersusun dan kemas.
- Cari kod dengan sekali klik. Ctrl+F, paste kod dan enter, terus jumpa kod yang nak cari. Kalau dulu, jumpa berpuluh-puluh kod yang sama, pening kepala nak cari kod yang mana satu. Urgh!
- Tiada lagi 'Tick Expand Widget' yang menyusahkan.
- Boleh 'Preview' dan 'Save' atau 'Save' terus!
tapi akan ada berapa elemen yang gagal 'preview' seperti ubah cursor, favicon atau menu tab. Jadi, kena 'Save' dulu dan 'View Blog'.
- 'Stay on the Code' (reka sendiri)
jika kita berasa cuak bila dah 'view blog', ingin kembali ubah kod balik.. takut tak jumpa balik kod yang ingin dipadam?! Masa nak tutup 'Edit HTML' tu jangan padam kotak search 'Ctrl+F tu! Biar je. Kalau koding tak jadi, boleh kembali kepada kod dengan selamat! Yay!
3) EJEN CODING SPY
Whoa...memperkenalkan ejen spy bernama 'Inspect Element'
1. Right-klik mana-mana dalam blog anda.
Pilih bahagian bucu/penjuru/parasit yang hendak di'spy'!
2. Pilih 'Inspect Element' atau klik F12 / Ctrl+Shift+I / Ctrl+Shift+J dan 'view'!
atau akses Dev Tools Menu > Tools > Developer tools
(utk Mozilla dan Google Chrome )
Google Chrome
Mozilla Firefox
*lebih kurang aje.
Kelebihan:
- Dapat mengenalpasti punca masalah coding dalam template
- 'Arrow box' warna kuning merujuk kepada coding yang sedang di'hightlight' warna biru. [utk Google Chrome]
- Tidak dapat merubah coding 'direct' dari Inspect Element, kalau boleh pun secara 'temporary' sahaja.
- Orang yang mahir 'Inspect Element' ini agak bahaya. #harapmaklum. hee...
P/S: Sebelum ini, tuan belog asyik mengharapkan adik untuk editkan blog. Jadi, perlulah berdiri di kaki sendiri - 'berdikari'.
Terima kasih baca, sudi-sudilah komen :) .








No comments:
Post a Comment